Khamis, 17 Januari 2013

BETAPA LUASNYA NERAKA ITU




Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibril datang kepada Nabi SAW pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Nabi SAW: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahwa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'

Lalu Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam itu.'

Jawabnya: 'Ya... Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya karena panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ke tujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur karena sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi SAW bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (artinya: yaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah SAW: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibril:
'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa AS. serta keluarga Fir'aun namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang Musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang Shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang Nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibril diam sejenak... Segan pada Rasulullah SAW, sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka Nabi SAW jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi SAW di pangkuannya sehingga sadar kembali dan sesudah sadar Nabi SAW bersabda: 'Ya Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, yaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian Nabi SAW menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi SAW masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar, kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai').

Dari Hadits Qudsi:
Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari-Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan, hal ini dapat menimbulkan keinsyafan kepada kita semua... Wallahu a'lam.

Al-Qur'an Surat Al-Baqarah Ayat 159 :

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Selasa, 15 Januari 2013

Oppa Gangnam Kejam !






( WAJIB BACA !! )

KISAH BENAR !

TAJUK : " PENGAKUAN GADIS KOREA : TARIAN GANGNAM BERKAIT CERITA KEJAM DI GANGNAM , KOREA ?? "

(Kisah disebalik lagu Oppa Gangnam Style terbongkar !! )

Malam tadi setelah keluar dari masjid seusai selesai solat Isyak di masjid berdekatan dengan rumah, saya berjalan kaki seorang diri pergi ke sebuah kedai makan untuk makan malam. Pengunjung di kedai makan yang saya tuju itu agak ramai dan boleh dikatakan hampir kebanyakan meja di kedai tersebut sudah penuh. Saya memilih untuk duduk di salah sebuah meja di bahagian paling hujung seorang diri yang ketika itu tiada orang di meja tersebut. Apabila pelayan datang saya pun memesan makanan yang saya mahu. Selepas beberapa ketika pelayan tersebut pergi datanglah pula seorang gadis muda berkulit cerah berjubah dan bertudung hitam gaya wanita Arab ke meja saya seraya bertanya,

"Tuan, boleh saya duduk di sini..? Kamu lihat, tempat-tempat di meja lain semua sudah penuh.."
"Oh, ok.. tak mengapa. Silakan duduk.." jawab saya agak terkejut dengan sapaan gadis itu. Perbualan kami dalam bahasa Inggeris.

Kemudian pelayan datang kepadanya dan dia hanya memesan 'fresh orange' untuk minuman. Apabila pelayan pergi saya memberanikan diri bertanya kepadanya dengan rasa pelik, "Kamu seorang diri sahaja? Dan kamu kelihatan bukan orang Malaysia, bukan?"

Dia mengangkat wajahnya dari telefon pintarnya ke arah saya lalu menjawab dengan tersenyum, "Oh saya dari Korea Selatan, dan saya ingin ke rumah seorang kawan.."

"Oh Korea Selatan.. sekarang negara itu sedang 'famous' dengan tarian Gangnam Style.." jawab saya spontan bersahaja sambil tersenyum dan menganguk-angguk sendirian tatkala mata gadis itu kembali ke telefon pintarnya sambil menggerak-gerakkan jarinya di atas skrin sesentuh dan kadangkala dia juga tersenyum seorang diri melayan sesuatu dari telefon pintarnya.

"Gangnam Style..? Apa yang kamu tahu tentangnya.. ia tarian yang dilaknat Tuhan. Saya menganggapnya diilhamkan oleh Iblis kepada artis itu." jawabnya dengan nada yang tegas dan berani.

"Oh ok ok, minta maaf..saya tak bermaksud menyinggung perasaan kamu.." jawab saya serta-merta.

Perbualan terhenti seketika beberapa lama. Selepas kira-kira 15-20 minit pelayan kembali datang dengan membawa pesanan saya dan minuman gadis itu.

"Kamu mahu tahu apa yang saya tahu tentang Gangnam?" tanya gadis kembali itu kepada saya.

"Jika kamu berminat untuk bercerita kepada saya, saya akan mendengarnya…" jawab saya dengan tenang sambil mula menghirup jus tembikai susu yang saya pesan.

"Ok sekejap beberapa minit, selepas saya membalas mesej-mesej ini.." jawabnya sambil jari-jemarinya ligat bermain di dada skrin telefon pintarnya.

Saya hanya mengangguk-angguk sambil mengangkat kening dan mula menyuap makanan dengan sudu ke dalam mulut walaupun saya sedar bahawa memakan dengan menggunakan tangan itu lebih menepati Sunnah Rasulullah SAW.

"Baik, sekarang saya akan bercerita tentangnya.. ia sesuatu yang menarik tetapi pelik dan menakutkan." kata gadis itu kembali.

"Ok, seakan-akan ada satu perkara besar yang kamu ingin sampaikan kepada saya." jawab saya kembali sambil mulut mengunyah nasi.

Kemudian dia diam kira-kira sepuluh saat, mengambil nafas lalu memulakan ceritanya kepada saya,

"Di Gangnam ada satu pertandingan pelik yang diadakan untuk gadis-gadis muda untuk menjadi perempuan-perempuan simpanan bagi orang-orang kaya dan para jutawan. Kebanyakan gadis muda yang menyertai pertandingan tersebut adalah mereka yang ingin mencuba nasib apabila gagal mendapat tempat dalam pekerjaan atau terlalu teruja untuk menikmati hidup mewah bersama orang-orang kaya… mereka dijanjikan dengan hadiah yang sangat lumayan, kereta mewah, jet peribadi dan rumah besar seperti istana dengan kolam renang jika memenangi pertandingan tersebut."

Kemudian dia diam lagi... kali ini dia pula meminum minuman 'fresh orange'.. dia diam dengan agak lama tanpa berkata apa-apa.

"Ok, kemudian..?" tukas saya lagi ingin tahu.

"Oh, ia sesuatu yang amat dahsyat dan keji dan saya hampir tidak mahu menceritakannya kepada kamu. Tapi saya akan cuba ceritakannya juga agar kamu dapat tahu apa kisah benar yang berlaku.." sambungnya lagi.

"Iya, sila sambung lagi... saya memang ingin tahu tentangnya." balas saya lagi.

"Ok... Pertandingan itu, untuk sampai ke tempat pertandingan tersebut, para peserta yang terdiri daripada perempuan-perempuan muda yang cantik masing-masing dikehendaki menunggung seekor kuda kira-kira 500 meter dari tempat para peserta berkumpul ke tempat pertandingan yang merupakan sebuah istana besar dan mewah milik seorang jutawan di Gangnam. Kamu bayangkan, mereka semuanya menunggang kuda dengan memakai kasut tumit tinggi, baju jarang dan skirt singkat yang seksi sambil diiringi pihak penganjur pertandingan dengan helikopter.."

"Setelah sampai di sana mereka disambut oleh pihak penganjur di istana itu dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan akan melalui dua laluan yang berbeza. Pertandingannya ialah laluan berhalangan untuk sampai ke destinasi yang terakhir. Ia seperti pertandingan dalam rancangan ‘Wipe Out’ di dalam TV jika kamu pernah melihatnya. Setelah sampai di destinasi terakhir pula, para peserta yang berjaya dari dua kumpulan itu akan bertarung pula sesama sendiri. Jika pihak lawan tewas maka peserta yang masih bertahan akan dianggap sebagai pemenang dan mendapat wang bernilai jutaan USD. Laluan berhalangan itu sangat berbahaya, namun para peserta hanya melakukannya dengan memakai kasut tumit tinggi dan pakaian seksi mereka sambil disaksikan dan disorak oleh para jutawan yang melihat aksi-aksi mereka tersebut dari sebuah ruang balkoni bilik mewah di istana tersebut. Saya tidak pasti ianya dirakam ataupun tidak."

"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.


"Terus-terang, ia adalah pertandingan membunuh diri yang paling gila…"

"Ok, kemudian.. apa yang berlaku?" tanya saya mencelah dengan rasa teruja.

"Satu ketika di salah satu trek, para peserta dikehendaki memanjat palang-palang besi untuk melintasi salah sebuah menara di istana tersebut, palang tersebut sangat tinggi dan di bawahnya ada kolam renang. Di satu sudut yang lain, para jutawan pula menyaksikan aksi-aksi peserta dari dalam sebuah bilik mewah sambil menikmati hidangan dan minuman arak yang mahal bersama gadis-gadis mereka."

"Ramai perserta ketika itu yang terjatuh ke bawah ketika cuba memanjat palang-palang besi tersebut. Ada yang terhempas ke lantai dan kepalanya pecah. Ada yang patah tangan dan kaki. Ada yang pecah badannya. Kolam renang tersebut penuh dengan darah dan ada yang mati lemas ketika jatuh ke dalamnya setelah gagal untuk berenang keluar dari kolam renang yang dalam tersebut. Mereka semua para gadis yang tidak berupaya dan mereka sangat kasihan."

"Yang lebih keji daripada itu, mereka yang tercedera ketika itu langsung tidak dibantu.. malah dibiarkan sahaja untuk disorak dan ditertawakan oleh para jutawan yang melihat mereka sepanjang pertandingan. Akhirnya apa yang saya tahu, hanya dua orang gadis sahaja yang berjaya melepasi laluan itu daripada keseluruhan 30 orang gadis yang menyertainya... saya dikhabarkan walaupun dua gadis itu akhirnya berjaya, mereka kini hidup dengan trauma dan penuh ketakutan di sisi para jutawan gila tersebut. Mereka kini hidup seperti hamba di dalam istana zaman purba. Tiada tamadun dan tiada akhlak... hanya menjadi hamba suruhan lelaki-lelaki kaya yang merantai hidup mereka sahaja. Lebih malang lagi gadis-gadis yang sudah terjerumus ke sana tidak boleh lari daripada golongan kaya gila itu. Jika cuba untuk lari kemungkinan mereka akan dibunuh."

Sampai di sini tiba-tiba gadis itu sebak... wajahnya berubah dan air matanya serta-merta mengalir laju dan menangis teresak-esak.

Saya sudah tentu sangat terkejut dengan perubahannya secara tiba-tiba itu, dan cuba memujuknya,

"Hey, please don't cry here… people will look to us. Please calm down. I'm sorry so much to make you telling me this story…" kata saya kepadanya perlahan dengan suara hampir berbisik.

Namun saya membiarkannya dengan keadaannya itu untuk beberapa ketika. Kemudian saya berkata kepadanya, "Saya tak tahu apa sebenarnya yang membuatkan kamu menangis, tapi saya minta maaf banyak-banyak kerana disebabkan saya kamu menangis. Sebenarnya saya sangat terkejut mendengar cerita kamu. Ia sesuatu yang sangat dahsyat yang belum pernah saya mendengarnya sebelum ini.."

"Ia ok... ia ok... ia ok... (sambil mengesat air matanya dengan sapu tangan miliknya)... maafkan saya kerana tiba-tiba bersikap pelik tadi. Kamu tahu, salah seorang gadis yang mati kerana pecah badannya ketika jatuh di pinggir lantai kolam renang itu ialah adik perempuan saya sendiri... Ibu saya membunuh diri kerananya dan bapa saya menjadi gila. Setelah ibu saya membunuh diri bapa saya sakit selama berbulan-bulan lalu akhirnya meninggal dunia."

Pada waktu ini dia kembali diam beberapa minit… saya pula tergumam dan tidak terkata apa-apa… setelah itu dia menarik nafasnya dalam-dalam lalu menyambung kembali kisahnya,

"Ibu-bapa saya hanya memiliki dua orang anak perempuan dan adik saya sudah menjadi mangsa kepada nafsu gila orang-orang kaya Korea."

"Sejurus selepas tamat pertandingan tersebut, saya dihubungi seorang wanita yang memberitahu bahawa adik saya telah pengsan dan cedera parah kerana kemalangan dan saya dikehendaki ke hospital untuk melihatnya. Wanita itu menyatakan dia mendapat nombor telefon saya daripada adik saya. Apabila saya dan ibu-bapa saya tiba ke hospital, kami dikhabarkan adik saya telahpun meninggal dunia. Saya memarahi wanita tersebut dan mendesaknya bertubi-tubi untuk menceritakan kisah sebenar kepada saya... dan akhirnya selepas beberapa hari dia menceritakan keseluruhan kisah ini kepada saya. Setelah tahu kisah sebenar, kami sekeluarga meraung dan menangis macam orang gila kerana tidak pernah menyangka adik saya sanggup menyertai pertandingan gila tersebut hanya untuk hidup mewah sebagai gadis simpanan orang-orang kaya. Namun wanita itu berkata ia adalah pilihan adik saya sendiri."

"Beberapa minggu kemudian ibu saya membunuh diri pada satu malam dengan menelan aspirin sebanyak 200 biji. Keesokan harinya ibu saya koma dan apabila saya dan bapa menghantarnya ke hospital, pada malam harinya dia meninggal dunia. Bapa saya pula selepas itu sakit jiwa sebelum mengalami sakit tenat yang membawanya meninggal dunia. Saya pula hidup tidak menentu dan mujurlah masih mempunyai seorang sahabat wanita beragama Islam yang terus berjuang agar saya dapat meneruskan kehidupan dengan tabah. Berulang-ulang kali dia mengingatkan kepada saya bahawa kehidupan ini adalah anugerah Tuhan dan orang yang beriman tidak akan berputus asa."

"Dan kerana itu saya melihat kamu kini sebagai seorang Muslimah..?" saya mencelah ceritanya.

"Alhamdulillah, terima kasih kepada Tuhan. Sahabat saya itu telah membawa saya berjumpa dengan seorang imam di bandar Seoul untuk memulihkan semangat hidup saya. Imam itu mula bercerita kepada saya tentang Allah, Islam dan Nabi Muhammad. Saya menerima segala ajarannya dengan lapang hati seakan-akan ia satu-satunya pilihan yang ada. Benar, Islam adalah satu cahaya yang sangat terang seperti matahari dan mendamaikan seperti bulan purnama yang kembali menyuluh seluruh hidup saya dan saya terus berubah kepada agama ini tanpa ragu-ragu. Dan kamu tahu tak, jiwa saya berasa sangat-sangat tenang dan damai ketika mendengar ayat-ayat Al-Quran yang berkumandang di ibu pejabat markaz Islam di bandar Seoul. Imam itu salah seorang ahli pengurusnya. Saya tidak pernah mendengar muzik-muzik yang sangat indah seperti ayat-ayat Al-Quran sebelum ini dalam hidup saya."

Kini suara gadis itu kembali gagah seraya berkata, "Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diselamatkan Tuhan dan kembali dihidupkan semula sebagai seorang Islam setelah saya kehilangan segala-galanya akibat kekeringan jiwa masyarakat dunia terutama masyarakat Korea yang hidup sesat tanpa agama. Mereka semua telah sesat tanpa panduan hidup yang benar daripada Tuhan."

Setelah itu dia diam dan meminum minumannya...

"Kisah kamu amat menarik tetapi menakutkan. Adakah kamu sudah mengambil tindakan undang-undang bagi pihak adik kamu, atau melaporkannya kepada media atau berbuat sesuatu?" ujar saya kembali kepadanya.

"Lupakan sahajalah, saya sudah melaporkannya kepada pihak polis, sudah menceritakannya kepada beberapa orang wartawan dan melaporkannya secara bersumpah kepada beberapa orang peguam. Pihak polis enggan melakukan pendakwaan kerana tiada bukti-bukti yang kukuh mengenainya. Tiada video dan tiada saksi-saksi lain yang mahu tampil kepada pihak berkuasa selain saya. Mungkin ada namun ia tidak memadai. Wanita yang membawa adik saya ke hospital itu juga sudah menghilangkan diri. Saya cuba menghubungi nombor telefon bimbitnya berali-kali namun dia tidak dapat dihubungi. Kali terakhir saya mendengar tentangnya melalui seorang peguam yang mendapat khabarnya daripada seorang detektif polis ialah dia sudah meninggal dunia akibat kemalangan. Para peguam lain dan wartawan yang saya ceritakan kisah ini kepada mereka kesemuanya telah diugut untuk tidak mendedahkannya kepada umum. Mungkin begitu juga yang terjadi kepada mangsa-mangsa yang lain. Laporan polis di sana pula menyatakan gadis-gadis yang meninggal dunia akibat cedera parah itu adalah kerana rabung palang-palang besi di istana itu roboh ke bawah ketika mereka semua sedang berada di atasnya kerana ketika pihak polis sampai di sana palang-palang besi itu sudah pun dirobohkan. Manakala mangsa-mangsa yang masih hidup setelah kecederaan masih mengalami trauma yang dahsyat dan ada yang cacat seumur hidup walaupun mereka mendapat bayaran ganti rugi insurans yang banyak. Apa yang saya tahu mereka semuanya diugut akan dibunuh jika mendedahkan peristiwa sebenar kepada pihak polis. Yang pasti di sana wujud monster-monster besar yang menutupi kes ini termasuk menteri-menteri kerajaan… ia berkaitan dengan wang dan kuasa. Dan sudah tentu kamu tahu apa yang wang dan kuasa boleh buat pada kita." jawabnya lagi dengan panjang lebar yang sarat dengan hujah.

"Oh, ok... ianya sesuatu yang gila pernah saya dengar. Jadi sekarang berapa umur kamu dan mengapa kamu berada di Malaysia? Dan... apa yang kamu sedang buat di Malaysia sekarang? Dan lagi… bilakah peristiwa sedih itu berlaku?" tanya saya bertubi-tubi kepadanya dengan rasa ingin lebih tahu.

"Kamu agak saya berumur berapa…?"

"Saya tidak mahu mengagak dan saya tidak tahu berapa umur kamu."

"Kisah sedih itu hanya berlaku pada tahun lepas, dan saya tidak mahu sebut apa bulan dan harinya. Cukuplah kamu tahu ia berlaku pada tahun lepas. Kini saya berumur 29 tahun dan saya di berada di Malaysia kerana ingin cuba mendaftar kursus bahasa Arab di ******* University dengan sahabat wanita Muslimah saya dari Korea itu. Tadi saya bertemu-janji dengannya untuk bertemu di sini. Kami rakan serumah dan dia tadi menziarahi rakan kami orang Malaysia di kawasan ini. Saya sampai ke sini lewat sedikit dengan teksi.” jawabnya berterus-terang dengan nada jujur.

"Oh, kamu sungguh berani. Di Malaysia tidak ramai wanita yang berani naik teksi seorang diri pada waktu malam. Terima kasih kerana menceritakan kisah ini kepada saya.. saya amat menghargainya dan mudah-mudahan suatu hari Allah akan membalas dendam untuk kamu dan mangsa-mangsa lain yang telah teraniaya..." kata saya lagi kepadanya sambil mengangguk-angguk.

"Sudah tentu...! Suatu hari nanti semua orang dan dunia akan tahu mengenai kejahatan tersembunyi di bandar Gangnam yang dilaknat itu!" tukasnya dengan nada yang keras.

"Kamu ingat artis yang mecipta lagu Gangnam gila itu menyukai cara hidup bandar Gangnam..? Saya rasa dia amat sinis tentangnya dan dia pernah berasa tertekan dengan cara hidup di sana.. namun kini dia sudah menjadi sebahagian daripada mereka. Semoga Tuhan melaknat mereka semua. Saya menyerahkan kepada Tuhan untuk membalas segala kejahatan mereka."

"Whoa... kamu nampaknya sangat marah dengan Gangnam..." balas saya sambil mengangkat kedua-dua kening dan menyedut jus tembikai susu yang masih berbaki menggunakan straw.

"Oh, jangan kamu berpura-pura seperti tiada perasaan dan tidak mempunyai perikemanusiaan.." balasnya pantas kepada saya.

"Tidak, tidak... saya benar-benar terkejut dan simpati dengan kisah kamu. Bahkan di sebalik itu, saya dapat melihat kamu seorang yang tabah, kuat dan berani." balas saya kembali untuk menenangkannya.

"Oh ya, adakah kamu datang sini dengan biaya sendiri? Bagaimana dengan suami kamu dan kerjaya kamu di Korea?" tanya saya kepadanya dengan meneka-neka.

"Hahaha, saya masih belum bersuami dan saya telah menjual segala apa yang saya ada di Korea untuk datang ke sini. Saya mahu belajar bahasa Arab di sini dan merancang mahu ke Mesir atau ke Islamic Center di Chicago selepas ini untuk belajar lebih banyak tentang Islam di sana. Kamu juga tahu, Timur Tengah kini tidak stabil dan saya masih ragu-ragu untuk ke Timur Tengah. Imam yang mengislamkan saya itu pernah memberitahu saya bahawa dahulunya dia belajar bahasa Arab dan agama Islam di Syria di sebuah universiti yang namanya An-Nur." jawabnya dengan reaksi yang kembali ceria sambil tersenyum.

"Oh dulu saya juga pernah belajar di Syria, dan universiti itu namanya Universiti Abu Nur." jawab saya.

"Oh benarkah? Ceritakan kepada saya tentang Syria... saya bertuah bertemu dengan kamu." tukasnya teruja dengan muka yang sangat gembira.

Sesampainya di sini perbualan kami mula bertukar topik kepada isu Syria dan pergolakan di Timur Tengah serta topik-topik lain yang sudah tiada kena-mengena dengan Gangnam. Saya juga bercerita sedikit sebanyak tentang latar belakang diri saya kepadanya sebagai membalas kisah hidupnya yang telah dia ceritakan kepada saya.

Lama juga kami bersembang sejak jam 9.00 malam tadi. Kira-kira jam 10.30 malam rakan gadis itu datang ke kawasan kedai tersebut dan gadis itu meminta izin untuk pergi. Dia membayar segala pesanan makanan saya dan memperkenalkan dirinya sebagai Sofiyyah dan rakannya bernama Nadiah. Katanya nama mereka berdua diberikan oleh imam yang mengislamkan mereka di bandar Seoul merangkap guru murabbi mereka di Korea Selatan. Saya pula beruntung kerana makan malam saya ada orang belanja.

Kedua-dua mereka pernah lahir sebagai manusia yang tidak pernah menganut sebarang agama di Korea namun kini Allah telah memuliakan mereka dengan agama Islam yang suci. Saya tidak tahu sejauh mana kebenaran cerita Sofiyyah tentang kisah yang berlaku kepada adiknya di Gangnam. Kebenaran kisah tersebut saya serahkannya bulat-bulat kepada Allah. Namun saya berminat untuk kongsikan kisah ini kepada para pembaca agar para pembaca dapat membuat penilaian sendiri. Kisah tersebut mungkin benar dan mungkin tidak benar. Namun, di sebalik kisah yang saya pindahkan daripada Sofiyyah ini, dapatlah kita mengetahui sesuatu dan menjadikannya sebagai pengajaran.

Apa yang saya suka kongsi satu iktibarnya ialah, saya melihat betapa Sofiyyah amat bersyukur dan menghargai nikmat Islam yang dikurniakan Allah kepadanya. Dia sanggup meninggalkan negerinya dan menjual segala hartanya demi mempelajari bahasa Arab di bumi Malaysia bagi memahami Al-Quran, malah dia bercita-cita untuk terus mengembara bagi mempelajari ilmu-ilmu Islam dan menjadi seorang pendakwah Muslimah di negara Korea untuk Islamkan lebih ramai penduduk Korea. Dia seorang yang amat berani, tabah dan cekal. Lihat saja, bagaimana dia seorang diri berani menyapa seorang lelaki asing seperti saya di awal kisah tadi. Apa yang saya lihat padanya, tiada sebarang ketakutan di dalam dirinya dan harapan hidupnya telah seratus-peratus diserahkan kepada Allah. Dia telah menjual seluruh jiwa dan raganya hanya kepada Allah semata-mata. Di sebalik kekuatan dirinya sekarang, saya juga yakin di belakangnya ada seorang murabbi mursyid yang hebat, iaitu sang imam yang telah mengislamkannya. Biasanya di sebalik orang-orang yang hebat, di belakang mereka sudah tentu ada para pendidik yang jauh lebih hebat lagi. Di dalam hati saya berkata sudah tentu peribadi sang imam itu lebih hebat lagi kerana berjaya membaiki diri Sofiyyah menjadi lebih kuat sepertimana sekarang. Ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk memulihkan, mendidik dan membangunkan jiwa manusia yang sudah rosak teruk seperti Sofiyyah dan menjadikannya seorang srikandi yang gagah perkasa jiwanya.

Sepanjang berjalan kaki pulang ke rumah, saya banyak tertanya-tanya di dalam hati betapa kita ini begitu leka dan tidak bersyukur dengan nikmat beragama Islam yang telah Allah anugerahkan kepada kita sejak kita dilahirkan ke alam dunia.

Di dalam hati saya sepanjang pulang, "Allahu Rabbi.... alhmdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah." Sambil kaki saya sekali-sekala menyepak batu-batu kecil di jalanan dan kedua-dua tangan dimasukkan ke dalam poket jubah putih kiri dan kanan seraya muka menunduk ke arah tanah...

Sehingga saat ini saya masih tetap berfikir sendirian, kisah Sofiyyah ini ialah apa yang saya dengar berlaku di negara Korea yang maju.. bagaimana pula dengan kisah-kisah gelap seperti kisah gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi pelacur kelas atasan di negara kita. Sudah tentu banyak juga kisah-kisah gelap yang tidak pernah kita dengar tentang mereka. Sebelum ini saya pernah juga mendengar mengenai kisah-kisah kongsi gelap di negara kita yang dilindungi oleh orang-orang besar.

Allahu Allah, betapa teruknya manusia menjadi hamba wang dan kuasa pada zaman ini... Ya Allah, selamatkanlah kami di dunia dan di akhirat...

[Kisah benar ini selesai ditulis semula pada: hari Ahad, 07 Oktober 2012, 10.55 AM]

Sabtu, 12 Januari 2013

Himpunan yang best !

Dari dulu sampai sekarang aku teringin nak join himpunan besar-besaran kat Malaysia .
Tapi asal nak pergi je ada je halangan . Hmmm -.-

Time reformasi 1998 dulu-dulu ..



Aku kecik lagi .. Umur 6tahun .. Haha . Gila ke nak join ..
Takpe-takpe .. Tunggu besar sikit ..

Bersih -1 



Nak pergi !! Tapi ustaz aku time sekolah tahfiz tuh bawa abang-abang besar je . 
Mentang-mentag la aku bawah umur . Hahaha !

Bersih - 2 



Aku dah besar !! Bole pergi !! tapi ..
Aku masih belajar .. Arghh !! Nak pergi boleh je tapi nanti kene botak kepala dgn ustaz .
hahahaha !!

Bersih -3



Alasan yang sama .. Tapi time ni ada kat sekolah lagi . Adoyai .. Dahla sekolah nun hilit sana tuhh ..
Jauh benor nak menapak ke KL nye ..

Himpunan Hijau



 .. Nak pergi je .. Alahai ..Ada exam pulak time tuh .. Ish !! Geram-geram -.-
Takpe lah . Tengok video pon jadi laa ..

Lastly , habis sekolah . Yeah !! Rasanya takde halangan ..
Ada pulak untuk 2013 ..

Himpunan Kebangkitan Rakyat .



Yuhuuuuuuuu !! Ada lagi ! Bole lah pergi !! Tengok jadual kerja !!
Arghhh !! Sabtu kerja !! 
Tapi time aku kerja pulakk !! Arghh !!
Melepas lagi !! Apa daaaa . Member semua pergi . Jelez-jelez -.-




p/s : Takpelah , aku doakan Parti yang menegakkan Islam itu mendapat kemenangan ! Takbir !

Rabu, 9 Januari 2013

Aku , Kau Dan Dia






Awal-awal aku mula kehidupan baru .. Aku dah dipertemukan dengan kau .. Memang selalu lah kita bersama .. Seronok bila dapat bersama dengan kau .. Rileks je ..
 Terima kasih la sebab kau jadi yang pertama menyahut aku dalam kehidupan baru nih .. 
Haha :D
Aku betul senang dengan kau . 
Kau amek berat pasal aku . Hahaha :D 
Selalu bagi aku balek awal bila dengan kau ..




Tapi , takdir telah mengubah segalanya ..
Kita dipisahkan tidak bersama lagi .. Kalau dahulu , kita dapat bersama dari awal sampai abes ..
Tapi sekarang aku cuma dapat bersama kau disaat akhir masa kau je .. Sekarang ni aku telah dipaksa bersama dengan dia .. Arghh , dia ni tidak membawa apa-apa kelebihan bagi aku ..
Dia ni asyik meletihkan aku je .. Banyak menyusahkan aku .. Dia tak caring !!
Harap-haraplah aku dengan dia hanya untuk bulan ini sahaja .. 
Selalu suruh aku balek lewat bila dengan dia !!
Aku nak bersama dengan kau ..

Aku ( IJLAL ) Kau ( SHIFT PAGI ) Dia ( SHIFT PETANG )


Hahahaha , Jangan fikir kisah cinta pulakk :D


* Ohh Kak Ina , Kak Ita & Kak Zetty .. Bagi lah aku jadual yang asal . Taknak yang baru ni :(

Isnin, 7 Januari 2013

Sembang Feqah


Sekarang ni dah ramai kawin time muda-muda ni kan . Haha :D
Tak sabar-sabar . Ish3 .. ( Fikir jahat ! )
Harini aku nak kongsi satu ilmu kat korang . Almaklumlah .. Kalau dah kawin ni , Sume dah halal .. Tapi ada haramnya dalam halal tu .
Lagi-lagi yang lelaki ni , kalau sembang bab feqah .. Lagi-lagi bab Jimak.. 
Dorang la paling pandai .. Tak mengantok dalam kelas / kuliah . Hahaha :D

Bismillah ..



Jangan maen redah je . Baca doa dulu ea :P


Ada lagi ...


Ada lagi .. Sabar-sabar ..


Lastly aku nak kongsi satu kisah ni ..


Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit, "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: "Itu halal". Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: "Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya."


Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:-


1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.


2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.


3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.


4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.


5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.


6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.


7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.


8. Wajah tidak berseri.


9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.


10. Menimbulkan kebencian.


Sumber: GilerKentang

Sekarang macam mana? Dah tahu sebabnya bukan? Oleh itu, bagi korang (lelaki) yang nak berjimak dengan isteri tu, berjimak lah dengan cara yang mengikut syariat Islam..Usah terpengaruh dengan gaya bintang porno Barat tu sebab Islam dah sediakan kaedah yang terbaik untuk diikuti oleh umatnya..


p/s: nak pahala ke nak dosa? Pilihan terletak di tangan korang..

Kisah benar .





Aku tibe-tibe nak story sikit satu kisah ni .. Menarik . Aku jumpa kat blog sape entah ..  cerita bermula dengan perkenalan Si A dengan Si B . Perkenalan yang sekadar hanya untuk menambah kenalan semakin mesra . Di Awal perkenalan lagi , Si A telah meluahkan isi hatinya pada Si B . Si B mengetahuinya , namun menolak cinta tersebut kerana hati Si B telah berpunya . Berpaksikan pada keteguhan cinta , Si B yakin yang hatinya tidak akan berubah...


Namun , Si A pandai berkata-kata serta romantis orangnya . Kata-katanya meruntun jiwa , Perhatiannya mengusik hati . Si B mula selalu rapat bersama Si A . tanpa disedari yang mereka semakin rapat  bersama . Kekasih hati si B mula merasa tidak senang mengenai hal ini . Walaupun pernah berjumpa dengan Si A , namun Si B menyakinkan yang mereka hanyalah berkawan saja .


Namun Si C sedar bahawa Si B sudah semakin berubah . Si B semakin jarang berhubung dengan Si C , semakin kurang perhatian kepadanya . Apabila Si B sakit terutamanya di tengah2 malam , Si C setia menunggu , mengambil berat sehingga Si B kembali sihat . Apabila Si B mengalami masalah , Si C akan cuba membantu . Namun keadaan sebaliknya berlaku . Apabila Si C sakit , tiada kata2 semangat , tiada kata2 nasihat . Sekadar ucapan "Dah makan ubat" . Hanya itu saja mesejnya / pesanan . Tiada ucapan sudah sembuhkah keadaan dirinya . Senyap tiada kata2 . Apabila ditanya , tiada kredit menjadi alasan . Tiada mood sering didengari .


Kini segalanya dah berlalu . Cukuplah hanya sedikit ini yang diluahkan oleh Si C  .Hatinya amat mencintai Si B , namun seperti mana kata2 Si B suatu ketika dahulu , Cinta itu satu Pengorbanan . Sekiranya melihat Si B lebih elok dengan Si A , sedangkan apabila Si C bersama Si B , mereka semakin tidak serasi dan semakin kerap bergaduh , mengapa tidak dilepaskan perasaan itu . Memang berat mahu dilepaskan cinta itu , sedangkan itulah Cinta yang diharapkannya ke akhir hayatnya .




p/s : Hargailah mereka yang menyayanyimu sebelum dia tiada di sisi kita .

Apa itu cemburu ?





Cemburu memberi makna yang sungguh mendalam dan berbeza dari setiap individu yang berlainan.cemburu adalah naluri manusia terhadap sesuatu benda yang amat disayanginya.cemburu lebih di spesifikasikan terhadap insan yang amat disayangi atau dicintai.cemburu kadang-kadang memberi satu impak yang amat bermakna dalam diri setiap individu.cemburu adalah satu emosi yang tidak dapat digambarkan.

kecemburuan adalah merupakan satu sikap dan sifat yang mana takut kehilangan sesuatu yang amat disayangi.namun sifat cemburu mestilah ada batasnya.jika tidak dibendung,pasti akan mengundang padah.cemburu di antara isteri dan suami menandakan bukti rasa cinta yang mendalam di antara pasangan itu.dan ini akan memperkukuhkan lagi bahang cinta antara dua hati.cemburu itu tidak buruk dan ia mengandunngi strategi dalam perkahwinan.perasaan cemburu dapat mengukur sejauh mana cinta di antara suam, isteri.tetapi, perlulah diingat bahawa jangan cemburu buta nanti terima padahnya.

Sabda Rasulullah SAW:
"Kecemburuan itu termasuk sebahagian dari iman dan midzak(memasukkan orang lelaki lain ke rumah isterinya kemudian dibiarkan) itu termasuk sifat munafik"
(HR Bazar dan Baihaqi)

Ahad, 6 Januari 2013

LIKE gamba awek kat Fb HARAM ??



Nampak tak ? Kalau tak nampak .. aku tulis balek ..

" Ustaz , kalau kita " LIKE " foto kawan2 lain yang tidak elok dan mendedahkan auratnya dalam FB . Adakah kita dikira sebagai suka perbuatannya jika " LIKE " foto dan komen yang merapu-rapu ? "

Ustaz Azhar jawab dengan sempoi je .

" Kalau " LIKE " bermakna suka / sokong .. HARAM "

So , nampak cantik sekalipun gambar awek tu kalau seksi , wat derk je .. Kalau LIKE dapat awek tu pon takpe la jugak . Ini tak dapat pape pon , dapat dosa free-free je :D
Baek like awek yang muslimah .. Kan cantik , lagi ayu .. Lagi-lagi berpurdah . Paling aku minat ;D

p/s : Baek korang like gamba korang sendiri yang tak popular tuh , lagi bagus . Hahaha !!

I.C aku di Putrajaya . Jauhnya !!

Baru-baru ni aku nak buat akaun Bank untuk dapatkan gaji . Penat gila berjalan kaki ke Maybank . Tungu nombor giliran sampai nak dekat sejam setengah . Tibe sampai turn aku , IC test tak lepas . Katanya chip IC aku rosak . Aduss ! Camne ni ! Gaji tak masuk la jawabnya !! Aku malas nak amek gaji melalui chek . Leceh bhai nak berurusan dengan bank . 
Petak-Petak -.-

Sampai kat office , Bos tanya ..
" Lal .. Dah buat akaun bank ?? "
Aku pon cakap jela dengan penut kepenatan ..
" Blom lagi la akak .. IC rosak .. Camne ni ?? "
Selamber je Boss jawab ..
" Kamu buat kat Jalan Duta .. Sana siap sejam je . Lepas tu terus g Bank ea ? "
Kembali semangat !!
" Ok akak !! Esok saya buat !! "

Kebetulan esoknya aku dapat Offday ..

*****************

( JPN Jalan Duta )

Sampai pon nombor giliran aku .. Pokpekpokpekpokpek ..
Akak cun kaunter tu cakap ..
" Ok adik . IC adek siap dalam 3 minggu lagi "
Arghhh !!! Lama gila !! Penipu punya boss !!
" Tapi akak , bukan ke siap dalam masa sejam ? "
Geram ni ! Geram ni !
" Itu dulu dik . Time awal-awal kaunter ni bukak . Sekarang takde dah "
Aduhh !! Camne ni .. Takkan nak pegi Putrajaya kott . Lastly ..
" Takpelah akak , transfer saya punya ni ke JPN Putrajaya lah . Nanti pandai-pandai la saya pegi "
Akak tu dok pulun PC dia ..
" Ok , IC adek siap dalam 3 hari lagi . Adek ley semak ikut SMS "

***************

SMS JPN : Kad Pengenalan anda sedia diambil .

Yahooooooo !! Dah siap !! Seronok-seronok tiba-tiba teringat ..
Alahai , kat Putrajaya maaa .. Kene merantau la ni .. Kene tukar cuti la jawabnya ..
Korang doa2kan aku jumpa jalan ke Putrajaya . Hahaha .


Ni la aku akan jejak semata-mata nak amek IC .


Ni la Presint 2 yang ada Pejabat JPN . Mencanak aku nak cari bertingkat-tingkat ni !!

p/s : Taknak sesat , tanyalah orang . Kalau malu .. Tengoklah GPS :D

Surat Cinta Dari Abang Waja Putih -.-


Hati aku takkan tenang kalau surat cinta ni masih dalam minda aku . Bila la aku nak balas surat cinta nih ! Adoyai .. Serabut kepala otak aku dibuatnya !! 
Surat ni terhasil pon time aku ngn Fazli nak pegi JPJ dekat Wangsa Maju . Depan Pejabat JPJ pulak dapat surat cinta ni . Panas je hati !! Yang jadi aku sakit nya ..

Waja    : Korang nak pergi mana ni ? 
Kami    : Kitorang nak pergi JPJ jap . Nak bagi borang kelulusan lesen kereta . Kat mana ea ?
Waja    : Ouh , JPJ kat depan traffic light ni je ..
Kami    : Ouh , terima kasih la cik ( Bangga ingatkan lepas )
Waja    : Kejap kejap , ada lesen tak ni ?? Roadtax ?? 
Kami    : Errr , ni motor kawan . Saya ( Lal ) takde lesen . Yang kawan ni ada laa ( Fazli ) 
Waja    : Apasal dia tak bawak ?? ( Sambil cek I.C dan motor )
Kami    : Saya ( Lal ) bawak kejap je .. Sebab dia ( Fazli ) nak tgok GPS .. Nak cari JPJ dekat mana 
Waja    : Kamu ni belajar ke kerja ??
Kami    : Belajar ..
Waja    : Kamu tahu apa salah kamu ni ?
Kami    : Takde side mirror kott ??
Waja    : Salah , kamu bawak motor slow .. Mencurigakan ..
Kami    : Ha ! Slow pon salah ?? Kami ikut line kiri je cik . Bukan tengah2 pon !!  ( Sial la polis ni !! )
Waja    : Roadtax ni baru je mati .. salah ni .. (Tukar topik & sambil keluarkan saman )
Kami    : Mana la saya tau .. Tuan motor kata hidup lagi ..
Waja    : Oklah .. Kamu bayar saman 1 jew . Yang lagi 2 ni suruh tuan motor bayar ..
Kami    : Hmmm .Ok , Terima kasih ea .. Kami mintak maaf ( Hampa gile ! )

Polis pon bla dengan penuh selambar dan takde kasihan ..

*********
Mana nak dapat duit ni !! RM900 pulak !! Koyak duit mak bapak aku nak bayar siot !! Serabut la ..
Sebab tu la aku kerja ni .. Sebabkan saman tuhh .. Dan sejak dari harituh .. Aku nak pergi mana-mana ponn aku naek Bas Rapid je . Hahaha :D Trauma !!



Ni lah kenderaan paling setia dengan aku dari kecik sampai dah berjanggut ni . Hahaha !

p/s : Hati-hatilah dengan jalan raya termasuklah dengan polis yang tengah cari makan -.-

Kata Kata Pembakar Semangat Hidup





Seorang pemenang tidak akan mudah mengalah tetapi seorang pengalah tidak akan pernah menang. 
(Vince Lombardi)

Kejayaan berkait rapat dengan tindakan. Mereka yang berjaya akan terus mara ke hadapan. Mereka membuat kesilapan tetapi tidak pernah berputus asa.
(Conrad Hilton)
Bekerjalah seperti anda tak perlukan wang. Mencintailah bagaikan anda tidak pernah disakiti. Menarilah bagaikan tak seorang pun yang sedang menonton anda.
(Mark Twain)
Jangan lihat masa lampau dengan penyesalan. Dan jangan pula lihat masa depan dengan ketakutan. Tetapi lihatlah sekitar anda dengan penuh kesedaran.
(James Thurber)

Untuk membahagiakan orang lain, isilah tangannya dengan kerja, hatinya dengan kasih sayang, fikirannya dengan tujuan, ingatannya dengan ilmu yang bermanfaat, masa depannya dengan harapan dan perutnya dengan makanan.
(Frederick E. Crane)

Kita seharusnya diajar untuk tidak menunggu inspirasi untuk memulakan sesuatu. Tindakan selalu melahirkan inspirasi. Sedangkan inspirasi jarang diikuti dengan tindakan.
(Frank Tibolt)

Tidak banyak gunanya memberitahu orang lain tentang kesulitan anda, separuh dari mereka tidak peduli, sedang separuh yang lain hanya senang mendengarnya.
(Brenda French)

Ujian bagi seseorang yang berjaya bukanlah pada kemampuannya untuk menyelesaikan masalah, tetapi kesabarannya pada waktu dia menghadapi dan menyelesaikan masalah itu.
(David J. Schwartz)

Bagi beberapa orang, berfikiran negatif merupakan satu kebiasaan. Seiring dengan waktu yang berlalu ia akan berubah menjadi satu tabiat. Seperti penyakit ketagihan arak dan dadah. Ramai orang yang menderita akibat penyakit ini kerana tabiat negatif terhadap jiwa, tubuh, dan perasaan. Begitulah kalau sesuatu itu sudah menjadi satu kebiasaan.
(Peter McWilliams)

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita dapat melihat bahawa bukan kebahagiaan yang membuat kita berterimakasih, tetapi rasa terima kasihlah yang membuat kita bahagia.
(Albert Clarke)

Kerendahan hati disandarkan kepada kekuatan bukannya kelemahan. Mengakui kesalahan dan melakukan perubahan ke atas kesilapan adalah satu bentuk penghormatan tertinggi pada diri sendiri.
(John Mccloy)

Keinginan manusia adalah umpama duit syiling kecil yang dibawanya di dalam sebuah beg. Semakin banyak yang dimilikinya semakin ia memberatkan.
(Satya Sai Baba)

Teman Tapi Mesra :)

Kau ada dikala ku suka
Dikala ku duka
setiap tangisan dan juga ketawa
Kau ada dikala ku perlu
setia menemaniku
Pegang erat tanganku bila aku jatuh

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Ku tahu ku kan selalu ada
Pada dirimu
Dan ku harap kau juga rasa begitu

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku

Kau lah yang selalu
Selalu menemaniku
Mendengar kisah pahit manis
Hidup ku

Kau lah yang di situ
Setia menunggu ku
Kau lah yang satu
Menjadi sahabatku


*******************

Kenapa aku pilih lagu ni ? Lagu ni khas tok kawan perempuan yang rapat dengan aku . Asyik-asyik citer pasal kawan laki je . Nanti korang ingat aku ni gay pulak ! Haha :D
Ramai jugak la yang aku kenal tapi tak ramai yang special bagi aku :)




* Aimie *
Dulu dia cukup special dalam hidup aku :)
Cukup caring dengan aku .
Lovely pon amat .
Banyak perkara yang ada tentang aku dan dia :)
Btw , Aku sayang dia sangat !
 Luv u Makcik Kantin !!




* Ain Sya *

Dulu-dulu aku minat dia . Haha :D
Senyum dia menawan .
Mata sepet ajee .
Tittle dia pada aku ialah cucu atok . Hahaha :D
Suke ketawa dengan aku time skola dulu .
Suke dengar aku pok pek pok pek :D
Tapi sekarang .. Hmmm .
Lupekan jela :(





* Kak Farhana *
Seorang yang peramah . 
Seorang yang comel sangat-sangat .
Suke menangis bila kecewa . Hahaha :D
Suka belanja aku . Ngee :D
Paling rapat dan banyak pendapat yang aku dapat dari dia :)
Seorang yang matang dalam tindakan :)
Sayang akak !!



* Nurul Ain *
Dia ni suka meyakat aku . Ada je nak bertekak dengan dia .
Memang rapat la dulu-dulu . Sekarang ni dia kat perantauan .
Tunggu dia balek je . Aku nak kawen ngan dia . Haha . Gurau jelaa !!
Aku doakan hasrat dia tercapai dan memiliki kejayaan di medan perantauan sana :D
Luv u Doraemon !!



* Nurul Syafieza *
Si kecik ini sangat comel dimata aku . Hehehe :D
Aku suke menyakat dia kalau aku bosan-bosan .
Dia jugak bergelar " Gadis Skype " untuk masa lapang aku .
Hehehe :D
Orang yang sangat manja .. Suka suruh aku nyanyi bila on the call -.-
Hahahaha :D
Luv u kecikk !!




* Najatul Husna *
Ni anak aku . Haha . Cantik tak ? Ada ke dia panggil aku Ayah ..
Errr -.-
Nak kene babap ngan ayah ni . Hahaaha .
Dia ni sempoi je . Tapi still the best bagi aku .
Hahaha .
Sayang anak ayah !!


* Sume ni pon sekarang dah jarang-jarang hallo hallo .. Maklumlah bz dengan dunia masing-masing . Hmmm -.-

Nice to meet you all :D