Isnin, 7 Januari 2013

Kisah benar .





Aku tibe-tibe nak story sikit satu kisah ni .. Menarik . Aku jumpa kat blog sape entah ..  cerita bermula dengan perkenalan Si A dengan Si B . Perkenalan yang sekadar hanya untuk menambah kenalan semakin mesra . Di Awal perkenalan lagi , Si A telah meluahkan isi hatinya pada Si B . Si B mengetahuinya , namun menolak cinta tersebut kerana hati Si B telah berpunya . Berpaksikan pada keteguhan cinta , Si B yakin yang hatinya tidak akan berubah...


Namun , Si A pandai berkata-kata serta romantis orangnya . Kata-katanya meruntun jiwa , Perhatiannya mengusik hati . Si B mula selalu rapat bersama Si A . tanpa disedari yang mereka semakin rapat  bersama . Kekasih hati si B mula merasa tidak senang mengenai hal ini . Walaupun pernah berjumpa dengan Si A , namun Si B menyakinkan yang mereka hanyalah berkawan saja .


Namun Si C sedar bahawa Si B sudah semakin berubah . Si B semakin jarang berhubung dengan Si C , semakin kurang perhatian kepadanya . Apabila Si B sakit terutamanya di tengah2 malam , Si C setia menunggu , mengambil berat sehingga Si B kembali sihat . Apabila Si B mengalami masalah , Si C akan cuba membantu . Namun keadaan sebaliknya berlaku . Apabila Si C sakit , tiada kata2 semangat , tiada kata2 nasihat . Sekadar ucapan "Dah makan ubat" . Hanya itu saja mesejnya / pesanan . Tiada ucapan sudah sembuhkah keadaan dirinya . Senyap tiada kata2 . Apabila ditanya , tiada kredit menjadi alasan . Tiada mood sering didengari .


Kini segalanya dah berlalu . Cukuplah hanya sedikit ini yang diluahkan oleh Si C  .Hatinya amat mencintai Si B , namun seperti mana kata2 Si B suatu ketika dahulu , Cinta itu satu Pengorbanan . Sekiranya melihat Si B lebih elok dengan Si A , sedangkan apabila Si C bersama Si B , mereka semakin tidak serasi dan semakin kerap bergaduh , mengapa tidak dilepaskan perasaan itu . Memang berat mahu dilepaskan cinta itu , sedangkan itulah Cinta yang diharapkannya ke akhir hayatnya .




p/s : Hargailah mereka yang menyayanyimu sebelum dia tiada di sisi kita .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan