Tipu la kalau manusia kat bumi ni tak pernah bercinta !! Haha !! .Mana mungkin manusia biasa seperti aku terlepas dari cinta. Cinta adalah fitrah buat manusia. Cinta juga adalah satu anugerah yang amat bernilai dari Allah yang maha Esa kepada hambaNya. Kerana cinta itu begitu indah dan ia sukar dilafazkan dengan kata-kata, ramai yang cuba membuat kesimpulan apakah makna sebenar cinta. Tapi merepek je jawapan yang terhasil . Haha :D
Aku tak faham makna sebenar cinta, Aku pon tak dapat nak jelas mengenainya. Namun aku cuba mencari jawapan, akucuba membuat kesimpulan berdasarkan pengalaman sendiri yang dulu-dulu . Sebenarnya cinta itu memiliki sifat-sifatnya yang tersendiri. Cinta tidak semestinya hanya kepada seorang insan bernama kekasih. Tetapi cinta itu merangkumi seluruh kehidupan. Dan dari pengamatan aku lah .. cinta itu sebenarnya adalah..
Amanah Dari Allah
Ya, cinta itu adalah amanah . Bukan nafsu, bukan kehendak dan bukan juga hak yang perlu dituntut. Apabila jatuh cinta kepada seseorang, kita rasa seolah-olah kita memerlukannya. Kita mahu memilikinya, kita mahu dia mendampingi kita dan kita mahu cinta yang kita harapkan itu terbalas. Tidak salah mahu mendampingi orang yang disayangi, tidak salah mahu memiliki hati dan kasih sayang mereka. Namun bukan itu yang lebih utama, kerana orang yang kita cinta belum tentu mencintai kita, orang yang kita suka belum tentu menyukai kita. Jadi dengan rasa cinta yang diamanahkan oleh Allah kepada kita ini, kita hulurkanlah apa saja yang terbaik buat mereka. Jika dapat memikat hatinya, Alhamdulillah. Tetapi jika tidak, usahlah mengungkit dan berdendam.
* Keikhlasan Yang Menipu *
Ada pepatah menyatakan “ Cinta itu adalah dua jiwa menjadi satu ”. Lalu sesetengah orang yang cintanya tidak terbalas mula mempersoalkan qada dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya seperti:
Kenapa cinta aku tidak terbalas?
Apa salah aku?
Apa kekurangan aku?
Kenapa dia tidak menerima cinta aku?
Aku sangat ikhlas mencintainya, kenapa dia buat aku begini?
Itu ke ikhlas ? Bukan .. Itu namanya low class . Tade maknanya kalau ikhlas tu cakap dari mulut .Haha ! kat atas ni ayat standard la time muda-muda dulu . Macam-macam lagi la :D Yang aku tulis ni pon berdasarkan pengalaman aku sendiri . Hehehe ^^ . Tapi tu dulu laa . Sekarang dah single . Weeeeeeee :D
p/s : Cinta itu takkan datang kalau tak usaha , Cinta itu mudah pergi kalau kita alpa .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan